2012/11/28

Memilih Sudut

Saya telah menjalankan aktiviti ini di kelas saya dan saya ingin berkongsinya dengan cikgu-cikgu dan murid-murid yang lain.


Sebelum permainan ini berjalan, cikgu hendaklah menentukan tema yang akan diguna. Sebagai contoh, cikgu boleh mengguna kata adjektif sebagai tema permainan ini. Selepas itu, cikgu hendaklah menamakan 4 sudut di kelas dengan satu jenis kata adjektif, seperti sifat, bentuk, cara, dan perasaan. Apabila semua murid sudah memahami nama sudut-sudut itu, mereka berkumpul di tengah kelas.




Permainan ini bermula apabila cikgu menutup mata dan mencakap “Mula!”. Murid-murid dikehendaki untuk memilih salah satu sudut dan berdiri di situ sebelum cikgu mengira dari 5 ke 0. Apabila cikgu telah siap mengira, dia hendaklah memilih salah satu sudut dengan matanya masih menutup. Murid-murid yang berdiri dalam sudut yang dipilih akan tersingkir.

Permainan ini berlangsung sehingga hanya satu pelajar tidak tersingkir. Kadangkala cikgu juga akan menang kerana semua pelajar tersingkir akibat berdiri di sudut yang sama.

Cubalah aktiviti ini dalam kelas anda. 

2012/11/21

Latihan Kata Bilangan

Isi tempat kosong dengan kata bilangan yang sesuai.

1. (   ) orang anak Encik Kamal telah melanjutkan pelajaran ke universiti.

2. (   ) murid mesti mematuhi peraturan sekolah.

3. Upacara perasmian Sukan Olimpik telah disiarkan ke (   ) dunia melalui televisyen.

4. Apabila loceng berbunyi, murid-murid beratur lalu memasuki kelas (   ).

5. Harga selipar ini (   ) ringgit sahaja.

6. Ibu membubuh (   ) garam ke dalam masakan untuk menyedapkan rasanya.

7. Dermawan itu telah membawa (   ) beras ke Rumah Warga Emas Seri Kenangan.

8. (   ) penduduk bandar suka tinggal di rumah pangsa.

9. Saya bangun pada pukul 6.00 pagi (   ) hari.

10. Mangsa kemalangan jalan raya itu terlantar di hospital (   ) lamanya.

Jawapan:
1. Ketiga-tiga
2. Semua
3. seluruh
4. masing-masing
5. lima
6. sedikit
7. berguni-guni
8. Sesetengah
9. tiap-tiap
10. berbulan-bulan

2012/11/16

Kata Bilangan

Kata bilangan ialah kata yang menyatakan bilangan atau urutan. Terdapat enam jenis kata bilangan, iaitu kata bilangan tentu, kata bilangan tak tentu, kata bilangan himpunan, kata bilangan pisahan, kata bilangan pecahan, dan kata bilangan tingkat.


Kata bilangan tentu ialah kata yang menyatakan biilangan yang tentu seperti satu, seratus, seribu dan dua juta.

Kata bilangan tak tentu ialah kata yang digunakan untuk menyatakan bilangan yang tidak tentu seperti beberapa, sebahagian, semua, seluruh, segala, segelintir, segenap, sebilangan, sekalian, para dan berbagai-bagai.

Kata bilangan himpunan digunakan untuk menyatakan sesuatu secara himpunan. Kata bilangan tersebut adalah seperti berpuluh-puluh, berates-ratus dan ketiga-tiga.

Kata bilangan pisahan ialah kata yang digunakan untuk menyatakan sesuatu secara satu per satu atau berasingan. Hanya ada dua kata bilangan pisahan, iaitu masing-masing dan setiap/tiap-tiap.

Kata bilangan pecahan ialah kata yang digunakan untuk menyatakan sesuatu yang berupa pecahan seperti dua per tiga, seperempat dan setengah.

Kata bilangan tingkat ialah kata yang menyatakan urutan atau giliran seperti pertama, kedua, kesepuluh dan keseratus.

2012/11/11

Video Kata Adjektif

Video ini boleh membantu pelajar-pelajar untuk membelajar kata adjektif dengan lebih senang. Ia menunjuk cara aplikasi kata adjektif yang betul.

2012/11/07

Latihan Kata Adjektif

1. Air sirap yang dibancuh oleh kakak sungguh (   ).

A. manis
B. masin
C. masam
D. pedas

2. Siew Mei akan berkahwin dengan pemuda yang (   ) itu.
A. ayu
B. comel
C. cantik
D. tampan

3. Jerebu menyebabkan ruang angkasa yang terang dan bersih bertukar menjadi (   ).
A. gelap
B. kelam
C. jelas
D. hitam

4. Udara di Tanah Tinggi Cameron sungguh (   ).
A. sihat
B. selera
C. nyaman
D. suram

5. Mereka memakai pakaian yang (   ) kerana iklim pada musim dingin sungguh sejuk.
A. nipis
B. tebal
C. baharu
D. lama

6. Soalan Matematik yang (   ) itu tidak dapat dijawab oleh Jing Hong.
A. sukar
B. sulit
C. rapi
D. kusut

7. Tayar kereta ayah telah (   ) kerana terkena paku.
A. kempis
B. kemik
C. leper
D. lekuk

8. Jika ada masa (   ), Syikin gemar menggubah bunga.
A. kini
B. silam
C. depan
D. lapang

9. Air perigi di rumah nenek sangat (   ) warnanya.
A. jernih
B. hangit
C. renek
D. tajam

10. Suasana di kampung lebih (   ) berbanding di bandar.
A. ceria
B. rindu
C. sesak
D. sunyi


     Jawapan:

1. A          6. A
2. D          7. A
3. B          8. D
4. C          9. A
5. B         10. D

2012/11/02

Kata Adjektif

Pelajaran tatabahasa hari ini ialah kata adjektif. Kata adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda atau kata nama. Kata adjektif terbahagi kepada sembilan jenis.


1. sifat (berani, garang)
2. warna (biru, hijau)
3. ukuran (besar, kecil)
4. jarak (jauh, dekat)
5. betuk (bulat, leper)
6. pancaindera (harum, bising)
7. waktu (baru, lama)
8. cara (ligat, pantas)
9. perasaan (sedih, bimbang)

Ayat contoh:
Cikgu Fong sangat garang orangnya.
Dia memakai seluar berwarna hijau.
Rumah Ahmad besar.
Rumahnya jauh dari sini.
Meja itu berbentuk bulat.
Bau minyak wangi itu sangat harum.
Hasnah segera pulang kerana hari sudah lewat.
Dia berlari dengan pantas apabila ternampak anjing liar.
Emak berasa bimbang kerana abang belum balik lagi.

Pelajar-pelajar harus memberi perhatian semasa mengguna kata adjektif. Jangan mengguna kata adjektif untuk menerangkan sesuatu yang bukan jenis kata adjektif tersebut. Dalam ayat contoh di bawah, ayat pertama telah salah mengguna ayat adjektif jenis jarak untuk menerangkan warna objek tersebut. 

Ayat contoh:
Mei Ling memakai jam tangan berwarna jauh. (SALAH)
Mei Ling memakai jam tangan berwarna merah. (BETUL)

Kesalahan kedua yang sering dibuat oleh pelajar ialah binaan ter- + kata adjektif diikuti dengan perkataan sekali. Pelajar harus ingat bahawa binaan ter- atau paling + kata adjektif tidak boleh diikuti perkataan sekali sebab binaan ter-, paling, dan sekali membawa maksud penghabisan.

Ayat contoh:
Anak gadis Pak Mahat paling cantik sekali di Kampung Pinang. (SALAH)
Anak gadis Pak Mahat paling cantik di Kampung Pinang. (BETUL)
Bangunan Menara Berkembar Petronas itu tersanggat tinggi sekali di Malaysia. (SALAH)
Bangunan Menara Berkembar Petronas itu tersanggat tinggi di Malaysia. (BETUL)

Template by:

Free Blog Templates