2012/12/08

Latihan Kata Hubung

1. Kita dinasihati (   ) sentiasa berwaspada dengan orang yang tidak dikenali.
A. dan
B. agar
C. kalau
D. apabila

2. Jalan ke Kampung Paloh ditutup buat sementara waktu (   ) banjir.
A. sejak
B. untuk
C. kerana
D. semoga

3. Kamu hendak bermain catur (   ) congkak?
A. atau
B. yang
C. semasa
D. bahawa

4. Mak Siti menasihati anaknya (   ) bersikap jimat-cermat.
A. kalau
B. supaya
C. lantaran
D. semakin

5. (   ) berbincang, mereka sepakat untuk pergi memancing pada hari Ahad.
A. Sekiranya
B. Jikalau
C. Padahal
D. Setelah

6. Kamu mesti berhati-hati (   ) memandu di selekoh yang berbahaya itu.
A. kalau
B. ketika
C. kecuali
D. manakala

7. Ibu dan ayah sungguh gembira (   ) saya telah mendapat nombor satu dalam peperiksaan akhir tahun.
A. semoga
B. kerana
C. sampai
D. ketika

8. Hock Li menyertai pasukan tentera kerana cinta (   ) negaranya.
A. bagi
B. akan
C. antara
D. kecuali

9. Lawatan (   ) belajar ke Muzium Polis akan diadakan pada cuti akhir tahun nanti.
A. hingga
B. sambil
C. selepas
D. kemudian

10. Peter mengelap komputernya dengan kain yang bersih (   ) menyanyi.
A. sambil
B. selagi
C. tatkala
D. jikalau



     Jawapan:

1. B          6. B
2. C          7. B
3. A          8. B
4. B          9. B
5. D         10. A

2012/12/03

Kata Hubung

Hari ini kami akan belajar kata hubung. Kata hubung ialah kata yang digunakan untuk menggabungkan kata, frasa dan ayat. Perkataan-perkataan yang digunakan ini ialah untuk membentuk ayat majmuk. Contoh kata hubung yang selalu digunakan ialah:


1. dan
2. tetapi
3. lalu
4. atau
5. kerana
6. supaya
7. kalau
8. meskipun
9. kecuali
10. sambil
11. apabila
12.walaupun

Ayat contoh:
Pencuri itu berjaya melarikan diri semasa polis tiba.
Latihan bola jaring itu akan dibatalkan jika hari hujan.
Chu Ling tidak pernah meninggi diri walaupun dia anak orang kaya.
Ayah membaca surat khabar, manakala ibu pula melipat pakaian.
Dia suka makan durian dan rambutan.
Hafiz rajin tetapi adiknya pemalas.
Dia bersarapan sambil membaca surat khabar.
Wang yang disimpannya semakin lama semakin banyak.

Kesalahan umum yang sering dilakukan oleh pelajar ialah memendekkan kata hubung “apabila”menjadi “bila”. Perkataan “bila” digunakan untuk bertanyakan masa. “Apabila” ialah kata hubung yang digunakan untuk menggabungkan dua ayat atau lebih.

Ayat contoh:
Nasri terbangun daripada tidur bila mendengar bunyi letupan yang kuat. (SALAH)
Nasri terbangun daripada tidur apabila mendengar bunyi letupan yang kuat. (BETUL)

2012/11/28

Memilih Sudut

Saya telah menjalankan aktiviti ini di kelas saya dan saya ingin berkongsinya dengan cikgu-cikgu dan murid-murid yang lain.


Sebelum permainan ini berjalan, cikgu hendaklah menentukan tema yang akan diguna. Sebagai contoh, cikgu boleh mengguna kata adjektif sebagai tema permainan ini. Selepas itu, cikgu hendaklah menamakan 4 sudut di kelas dengan satu jenis kata adjektif, seperti sifat, bentuk, cara, dan perasaan. Apabila semua murid sudah memahami nama sudut-sudut itu, mereka berkumpul di tengah kelas.




Permainan ini bermula apabila cikgu menutup mata dan mencakap “Mula!”. Murid-murid dikehendaki untuk memilih salah satu sudut dan berdiri di situ sebelum cikgu mengira dari 5 ke 0. Apabila cikgu telah siap mengira, dia hendaklah memilih salah satu sudut dengan matanya masih menutup. Murid-murid yang berdiri dalam sudut yang dipilih akan tersingkir.

Permainan ini berlangsung sehingga hanya satu pelajar tidak tersingkir. Kadangkala cikgu juga akan menang kerana semua pelajar tersingkir akibat berdiri di sudut yang sama.

Cubalah aktiviti ini dalam kelas anda. 

2012/11/21

Latihan Kata Bilangan

Isi tempat kosong dengan kata bilangan yang sesuai.

1. (   ) orang anak Encik Kamal telah melanjutkan pelajaran ke universiti.

2. (   ) murid mesti mematuhi peraturan sekolah.

3. Upacara perasmian Sukan Olimpik telah disiarkan ke (   ) dunia melalui televisyen.

4. Apabila loceng berbunyi, murid-murid beratur lalu memasuki kelas (   ).

5. Harga selipar ini (   ) ringgit sahaja.

6. Ibu membubuh (   ) garam ke dalam masakan untuk menyedapkan rasanya.

7. Dermawan itu telah membawa (   ) beras ke Rumah Warga Emas Seri Kenangan.

8. (   ) penduduk bandar suka tinggal di rumah pangsa.

9. Saya bangun pada pukul 6.00 pagi (   ) hari.

10. Mangsa kemalangan jalan raya itu terlantar di hospital (   ) lamanya.

Jawapan:
1. Ketiga-tiga
2. Semua
3. seluruh
4. masing-masing
5. lima
6. sedikit
7. berguni-guni
8. Sesetengah
9. tiap-tiap
10. berbulan-bulan

Template by:

Free Blog Templates