2012/12/08

Latihan Kata Hubung

1. Kita dinasihati (   ) sentiasa berwaspada dengan orang yang tidak dikenali.
A. dan
B. agar
C. kalau
D. apabila

2. Jalan ke Kampung Paloh ditutup buat sementara waktu (   ) banjir.
A. sejak
B. untuk
C. kerana
D. semoga

3. Kamu hendak bermain catur (   ) congkak?
A. atau
B. yang
C. semasa
D. bahawa

4. Mak Siti menasihati anaknya (   ) bersikap jimat-cermat.
A. kalau
B. supaya
C. lantaran
D. semakin

5. (   ) berbincang, mereka sepakat untuk pergi memancing pada hari Ahad.
A. Sekiranya
B. Jikalau
C. Padahal
D. Setelah

6. Kamu mesti berhati-hati (   ) memandu di selekoh yang berbahaya itu.
A. kalau
B. ketika
C. kecuali
D. manakala

7. Ibu dan ayah sungguh gembira (   ) saya telah mendapat nombor satu dalam peperiksaan akhir tahun.
A. semoga
B. kerana
C. sampai
D. ketika

8. Hock Li menyertai pasukan tentera kerana cinta (   ) negaranya.
A. bagi
B. akan
C. antara
D. kecuali

9. Lawatan (   ) belajar ke Muzium Polis akan diadakan pada cuti akhir tahun nanti.
A. hingga
B. sambil
C. selepas
D. kemudian

10. Peter mengelap komputernya dengan kain yang bersih (   ) menyanyi.
A. sambil
B. selagi
C. tatkala
D. jikalau



     Jawapan:

1. B          6. B
2. C          7. B
3. A          8. B
4. B          9. B
5. D         10. A

2012/12/03

Kata Hubung

Hari ini kami akan belajar kata hubung. Kata hubung ialah kata yang digunakan untuk menggabungkan kata, frasa dan ayat. Perkataan-perkataan yang digunakan ini ialah untuk membentuk ayat majmuk. Contoh kata hubung yang selalu digunakan ialah:


1. dan
2. tetapi
3. lalu
4. atau
5. kerana
6. supaya
7. kalau
8. meskipun
9. kecuali
10. sambil
11. apabila
12.walaupun

Ayat contoh:
Pencuri itu berjaya melarikan diri semasa polis tiba.
Latihan bola jaring itu akan dibatalkan jika hari hujan.
Chu Ling tidak pernah meninggi diri walaupun dia anak orang kaya.
Ayah membaca surat khabar, manakala ibu pula melipat pakaian.
Dia suka makan durian dan rambutan.
Hafiz rajin tetapi adiknya pemalas.
Dia bersarapan sambil membaca surat khabar.
Wang yang disimpannya semakin lama semakin banyak.

Kesalahan umum yang sering dilakukan oleh pelajar ialah memendekkan kata hubung “apabila”menjadi “bila”. Perkataan “bila” digunakan untuk bertanyakan masa. “Apabila” ialah kata hubung yang digunakan untuk menggabungkan dua ayat atau lebih.

Ayat contoh:
Nasri terbangun daripada tidur bila mendengar bunyi letupan yang kuat. (SALAH)
Nasri terbangun daripada tidur apabila mendengar bunyi letupan yang kuat. (BETUL)

2012/11/28

Memilih Sudut

Saya telah menjalankan aktiviti ini di kelas saya dan saya ingin berkongsinya dengan cikgu-cikgu dan murid-murid yang lain.


Sebelum permainan ini berjalan, cikgu hendaklah menentukan tema yang akan diguna. Sebagai contoh, cikgu boleh mengguna kata adjektif sebagai tema permainan ini. Selepas itu, cikgu hendaklah menamakan 4 sudut di kelas dengan satu jenis kata adjektif, seperti sifat, bentuk, cara, dan perasaan. Apabila semua murid sudah memahami nama sudut-sudut itu, mereka berkumpul di tengah kelas.




Permainan ini bermula apabila cikgu menutup mata dan mencakap “Mula!”. Murid-murid dikehendaki untuk memilih salah satu sudut dan berdiri di situ sebelum cikgu mengira dari 5 ke 0. Apabila cikgu telah siap mengira, dia hendaklah memilih salah satu sudut dengan matanya masih menutup. Murid-murid yang berdiri dalam sudut yang dipilih akan tersingkir.

Permainan ini berlangsung sehingga hanya satu pelajar tidak tersingkir. Kadangkala cikgu juga akan menang kerana semua pelajar tersingkir akibat berdiri di sudut yang sama.

Cubalah aktiviti ini dalam kelas anda. 

2012/11/21

Latihan Kata Bilangan

Isi tempat kosong dengan kata bilangan yang sesuai.

1. (   ) orang anak Encik Kamal telah melanjutkan pelajaran ke universiti.

2. (   ) murid mesti mematuhi peraturan sekolah.

3. Upacara perasmian Sukan Olimpik telah disiarkan ke (   ) dunia melalui televisyen.

4. Apabila loceng berbunyi, murid-murid beratur lalu memasuki kelas (   ).

5. Harga selipar ini (   ) ringgit sahaja.

6. Ibu membubuh (   ) garam ke dalam masakan untuk menyedapkan rasanya.

7. Dermawan itu telah membawa (   ) beras ke Rumah Warga Emas Seri Kenangan.

8. (   ) penduduk bandar suka tinggal di rumah pangsa.

9. Saya bangun pada pukul 6.00 pagi (   ) hari.

10. Mangsa kemalangan jalan raya itu terlantar di hospital (   ) lamanya.

Jawapan:
1. Ketiga-tiga
2. Semua
3. seluruh
4. masing-masing
5. lima
6. sedikit
7. berguni-guni
8. Sesetengah
9. tiap-tiap
10. berbulan-bulan

2012/11/16

Kata Bilangan

Kata bilangan ialah kata yang menyatakan bilangan atau urutan. Terdapat enam jenis kata bilangan, iaitu kata bilangan tentu, kata bilangan tak tentu, kata bilangan himpunan, kata bilangan pisahan, kata bilangan pecahan, dan kata bilangan tingkat.


Kata bilangan tentu ialah kata yang menyatakan biilangan yang tentu seperti satu, seratus, seribu dan dua juta.

Kata bilangan tak tentu ialah kata yang digunakan untuk menyatakan bilangan yang tidak tentu seperti beberapa, sebahagian, semua, seluruh, segala, segelintir, segenap, sebilangan, sekalian, para dan berbagai-bagai.

Kata bilangan himpunan digunakan untuk menyatakan sesuatu secara himpunan. Kata bilangan tersebut adalah seperti berpuluh-puluh, berates-ratus dan ketiga-tiga.

Kata bilangan pisahan ialah kata yang digunakan untuk menyatakan sesuatu secara satu per satu atau berasingan. Hanya ada dua kata bilangan pisahan, iaitu masing-masing dan setiap/tiap-tiap.

Kata bilangan pecahan ialah kata yang digunakan untuk menyatakan sesuatu yang berupa pecahan seperti dua per tiga, seperempat dan setengah.

Kata bilangan tingkat ialah kata yang menyatakan urutan atau giliran seperti pertama, kedua, kesepuluh dan keseratus.

2012/11/11

Video Kata Adjektif

Video ini boleh membantu pelajar-pelajar untuk membelajar kata adjektif dengan lebih senang. Ia menunjuk cara aplikasi kata adjektif yang betul.

2012/11/07

Latihan Kata Adjektif

1. Air sirap yang dibancuh oleh kakak sungguh (   ).

A. manis
B. masin
C. masam
D. pedas

2. Siew Mei akan berkahwin dengan pemuda yang (   ) itu.
A. ayu
B. comel
C. cantik
D. tampan

3. Jerebu menyebabkan ruang angkasa yang terang dan bersih bertukar menjadi (   ).
A. gelap
B. kelam
C. jelas
D. hitam

4. Udara di Tanah Tinggi Cameron sungguh (   ).
A. sihat
B. selera
C. nyaman
D. suram

5. Mereka memakai pakaian yang (   ) kerana iklim pada musim dingin sungguh sejuk.
A. nipis
B. tebal
C. baharu
D. lama

6. Soalan Matematik yang (   ) itu tidak dapat dijawab oleh Jing Hong.
A. sukar
B. sulit
C. rapi
D. kusut

7. Tayar kereta ayah telah (   ) kerana terkena paku.
A. kempis
B. kemik
C. leper
D. lekuk

8. Jika ada masa (   ), Syikin gemar menggubah bunga.
A. kini
B. silam
C. depan
D. lapang

9. Air perigi di rumah nenek sangat (   ) warnanya.
A. jernih
B. hangit
C. renek
D. tajam

10. Suasana di kampung lebih (   ) berbanding di bandar.
A. ceria
B. rindu
C. sesak
D. sunyi


     Jawapan:

1. A          6. A
2. D          7. A
3. B          8. D
4. C          9. A
5. B         10. D

2012/11/02

Kata Adjektif

Pelajaran tatabahasa hari ini ialah kata adjektif. Kata adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda atau kata nama. Kata adjektif terbahagi kepada sembilan jenis.


1. sifat (berani, garang)
2. warna (biru, hijau)
3. ukuran (besar, kecil)
4. jarak (jauh, dekat)
5. betuk (bulat, leper)
6. pancaindera (harum, bising)
7. waktu (baru, lama)
8. cara (ligat, pantas)
9. perasaan (sedih, bimbang)

Ayat contoh:
Cikgu Fong sangat garang orangnya.
Dia memakai seluar berwarna hijau.
Rumah Ahmad besar.
Rumahnya jauh dari sini.
Meja itu berbentuk bulat.
Bau minyak wangi itu sangat harum.
Hasnah segera pulang kerana hari sudah lewat.
Dia berlari dengan pantas apabila ternampak anjing liar.
Emak berasa bimbang kerana abang belum balik lagi.

Pelajar-pelajar harus memberi perhatian semasa mengguna kata adjektif. Jangan mengguna kata adjektif untuk menerangkan sesuatu yang bukan jenis kata adjektif tersebut. Dalam ayat contoh di bawah, ayat pertama telah salah mengguna ayat adjektif jenis jarak untuk menerangkan warna objek tersebut. 

Ayat contoh:
Mei Ling memakai jam tangan berwarna jauh. (SALAH)
Mei Ling memakai jam tangan berwarna merah. (BETUL)

Kesalahan kedua yang sering dibuat oleh pelajar ialah binaan ter- + kata adjektif diikuti dengan perkataan sekali. Pelajar harus ingat bahawa binaan ter- atau paling + kata adjektif tidak boleh diikuti perkataan sekali sebab binaan ter-, paling, dan sekali membawa maksud penghabisan.

Ayat contoh:
Anak gadis Pak Mahat paling cantik sekali di Kampung Pinang. (SALAH)
Anak gadis Pak Mahat paling cantik di Kampung Pinang. (BETUL)
Bangunan Menara Berkembar Petronas itu tersanggat tinggi sekali di Malaysia. (SALAH)
Bangunan Menara Berkembar Petronas itu tersanggat tinggi di Malaysia. (BETUL)

2012/10/30

Saya kata...

Hari ini, kami akan menjalankan satu aktiviti yang menyeronokkan. Kami sudah belajar kata nama dan kata kerja. Oleh itu, saya akan mencantumkan dua topic itu dalam aktiviti yang akan dijalankan nanti.

Nama aktiviti ini ialah Saya Kata”. Ia memerlukan penumpuan dan pemahaman pelajar yang mendalam dalam kata nama dan kata kerja. Marilah saya menjelaskan cara aktiviti ini dijalankan.

Pertama sekali, pelajar-pelajar dikehendaki untuk mengeluarkan bahan menulis seperti pensil, pemadam, dan pembaris. Lepas itu, cikgu harus menyuruh pelajar-pelajar supaya mengikuti arahan dia. Semasa memberi arahan, cikgu perlu menambah Saya kata pada awal ayat tersebut. Contohnya, bila cikgu kata, “Saya kata ambil pembaris dan meletakkan di atas kepala kamu., pelajar dikehendaki untuk membuat demikian.

Cikgu boleh membuat tindakan yang mengelirukan pelajar untuk meningkatkan penumpuan mereka. Contohnya, bila cikgu kata, “Saya kata letakkan pensil atas tapak tangan kamu., cikgu boleh mengambil pemadam dan meletakkan di atas bahu. Kadangkala, pelajar yang tidak mendengar dengan teliti akan terperangkap.


Semua pelajar dikehendaki untuk berdiri apabila aktiviti bermula. Saya selalu memulakan aktiviti ini dengan Saya kata berdiri dan mengeluarkan pensil, pemadam, dan pembaris.” Ini merupakan salah satu cara untuk pelajar-pelajar menyesuaikan diri dengan aktiviti ini. Lepas itu, sesiapa yang membuat kesalahan atau tidak mengikuti arahan akan diminta untuk duduk atas kerusi. Aktiviti ini berjalan sehingga satu pelajar sahaja yang masih berdiri. Ini bermakna pelajar terakhir ini ialah pemenang dan cikgu boleh memberi hadiah kepada dia.

Saya berharap aktiviti yang mudah dan menyeronokkan ini dapat meningkatkan penumpuan pelajar. Selain itu, mereka juga akan belajar dan memahami kata nama dan kata kerja dengan mendalam.

2012/10/25

Latihan Kata Kerja

1. Liza (   ) datuk dan neneknya di kampung.

A. melarang
B. membantah
C. menziarahi
D. mengundang

2. Hardi (   ) makanan itu perlahan-lahan kerana tekaknya sakit.
A. menelan
B. menghidu
C. mencubit
D. menjemput

3. Pelayan restoran itu (   ) meja selepas pelanggannya meninggalkan meja itu.
A. membuat
B. menyapu
C. membasuh
D. mengelap

4. Murid kelas 4 Merah sedang (   ) karangan.
A. memilih
B. menulis
C. membelek
D. mengangkat

5. Ibu sedang (   ) baju di ruang tamu.
A. menjahit
B. memesan
C. menempah
D. membuang

6. Saya mengikut bapa pergi (   ) ikan di sungai.
A. melayur
B. menjaga
C. menjala
D. mempelawa

7. Mak Esah sedang (   ) anak bongsunya yang masih kecil.
A. menatang
B. menghantar
C. mendukung
D. menjunjung

8. Nelayan itu telah (   ) motobotnya pada tunggul kayu.
A. mengikat
B. membuka
C. mengepos
D. mendayung

9. Datuk menggunakan periuk tanah untuk (   ) akar-akar kayu.
A. merebus
B. mencelur
C. menanam
D. membeku

10. Lim Swee Tin (   ) sajak itu berdasarkan pengalamannya.
A. membina
B. menulis
C. melukis
D. mencatat


     Jawapan:

1. C          6. C
2. A          7. C
3. D          8. A
4. B          9. A
5. A         10. B

2012/10/19

Kata Kerja


Hari ini kami akan belajar kata kerja. Apakah itu kata kerja? Kata kerja ialah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan perbuatan yang dilakukan sama ada oleh manusia, haiwan, atau benda. Terdapat dua jenis kata kerja, iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif.

Kata kerja transitif ialah kata kerja yang memerlukan objek sesudahnya. Ia memerlukan objek untuk melengkapkan maksudnya.

Ayat contoh:
Ayah mencuci (kata kerja transitif) kereta (objek).
Ibu memotong (kata kerja transitif) buah tembikai (objek).

Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek untuk melengkapkan maksudnya dan boleh berdiri sendiri.

Ayat contoh:
Dia berenang (kata kerja tak transitif).
Adik menangis (kata kerja tak transitif).

Kesalahan umum yang dibuat oleh pelajar ialah tidak menambah imbuhan pada awalan kata kerja. Setiap awalan kata kerja mesti disertai dengan imbuhan ber-, men-, atau ter-. Ayat tersebut dikira tidak lengkap jika tiada imbuhan pada awalan kata kerja.

Ayat contoh:
Afia dan Aisya sedang ulang kaji palajaran di bilik mereka. (SALAH)
Afia dan Aisya sedang sedang mengulang kaji pelajaran di bilik mereka. (BETUL)

Selain itu, pelajar juga diingati supaya meletakkan objek selepas kata kerja transitif dan tidak boleh disisipkan dengan perkataan yang lain.

Ayat contoh:
Ibu memeluk dengan erat adik. (SALAH)
Ibu memeluk adik dengan erat. (BETUL)

2012/10/14

Video Kata Nama

Jika pelajar masih keliru dengan kata nama am, kata nama khas, dan kata ganti nama, marilah tengok bersama-sama video tatabahasa Bahasa Malaysia yang disediakan oleh IITV (http://www.iitv.com.my/).



2012/10/12

Latihan Kata Ganti Nama

1. Apakah rancangan (   ) pada masa cuti nanti,” tanya Sim Keng kepada kawannya.
A. aku
B. kamu
C. mereka
D. hamba

2. “(   ) gembira kerana negara kita semakin maju,” titah Sultan Yahya.
A. Beta
B. Kami
C. Patik
D. Mereka

3. (   ) berlatih bersungguh-sungguh untuk memenangi pertandingan bola sepak pada bulan depan.
A. Kita
B. Anda
C. Patik
D. Mereka

4. Perpaduan menjamin negara (   ) aman dan makmur.
A. kita
B. kamu
C. awak
D. kalian

5. Bilakah (   ) akan bertolak ke Melaka? tanya adik kepada ayah.
A. saya
B. kamu
C. kami
D. kita

6. Encik Ben tidak memandu kereta ke pejabat hari ini kerana kereta (   ) rosak.
A. -nya
B. beliau
C. dia
D. ia

7. Izinkan (   ) bermalam di sini, kata pengembara itu.
A. beliau
B. hamba
C. baginda
D. mereka

8. Pencuri itu ditangkap polis. (   ) ditahan dalam sekatan jalan raya.
A. Dia
B. Saya
C. Kami
D. Awak

9. Sudah lama (   ) berniat mahu bersedekah kepada anak yatim itu.
A. kita
B. kalian
C. kami
D. engkau

10. (   ) berharap tuan hamba akan insaf dengan perbuatan tuan hamba itu, kata Sultan Mansor kepada pemuda itu.
A. Dia
B. Beta
C. Kami
D. Anda


     Jawapan:

1. B          6. A
2. A          7. B
3. D          8. A
4. A          9. C
5. D         10. B

Kata Ganti Nama

Dalam pelajaran pertama kami telah belajar tentang kata nama am dan kata nama khas. Sekarang, mari kami teruskan dengan kata ganti nama. Kata ganti nama ialah perkataan yang menggantikan kata nama am dan kata nama khas. Ia boleh dibahagikan kepada kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri. Kata ganti nama diri boleh dibahagi lagi kepada kata ganti nama diri tanya dan kata ganti nama diri orang.


Kata ganti nama tunjuk digunakan untuk menunjukkan sesuatu.
Contoh: itu, ini.

Ayat contoh kata ganti nama tunjuk:
Rumah yang kita duduki ini kepunyaan Sir Thomas.
Baju yang tergantung pada almari itu sungguh cantik.

Kata ganti nama diri tanya digunakan untuk merujuk pada orang atau benda dalam bentuk ayat tanya. Ia terdapat juga dalam benduk gandaan.
Contoh: apa, siapa, mana, apa-apa, sesiapa/siapa-siapa, mana-mana.

Ayat contoh kata ganti nama diri tanya:
Apakah yang kamu buat di sana?
Yang mana satu kawan kamu, Taufiq?
Jangan benarkana sesiapa pun masuk ke dalam kawasan ini!

Kata ganti nama diri orang digunakan untuk menggantikan nama seseorang individu atau sesuatu pihak.
Contoh: beta, saya, aku, hamba, patik, kita, tuanku, kamu, awak, engkau, saudari, anda, kalian, baginda, beliau, dia, mereka, ia, -nya.

Ayat contoh kata ganti nama diri orang:
Saya berharap kamu mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.
Sultan Mansur Shaha ialah raja yang prihatin. Baginda sentiasa mendengar masalah yang dihadapi rakyat.
Kita mesti menang dalam perlawanan bola sepak nanti.


Pelajar-pelajar sila memberi perhatian semasa mengguna kata ganti nama diri supaya tidak membuat kesalahan. Kata ganti nama diri beliau hanya digunakan untuk orang yang berpangkat dan dihormati. Satu lagi kesalahan umum yang dibuat oleh pelajar ialah menggandakan kata ganti nama diri orang. Sila ingat bahawa semua kata ganti nama diri orang tidak boleh digandakan.

Ayat contoh:
Beliau terpilih mewakili sekolah dalam pertandingan catur. (SALAH)
Dia terpilih mewakili sekolah dalam pertandingan catur. (BETUL)

Datuk Kamarulzaman merupakan Pengerusi PIBG sekolah itu. Beliau sentiasa mengambil berat tentang pencapaian murid-murid dalam akademik. (BETUL)

Saya-saya belatih dengan bersungguh-sungguh untuk menang. (SALAH)
Saya berlatih dengan bersungguh-sungguh untuk menang. (BETUL)

Mereka-mereka berasa sedih atas kekalahan itu. (SALAH)
Mereka berasa sedih atas kekalahan itu. (BETUL)



2012/10/06

Latihan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas

1. Beberapa ekor (   ) berterbangan mengelilingi lampu.

A. lipas
B. tikus
C. burung
D. kelekatu

2. Setiap hari (  ) itu turun ke laut untuk menangkap ikan.
A. guru
B. penulis
C. nelayan
D. pengemis

3. (   ) seekor binatang yang pintar lagi bijak.
A. Kuda
B. Kancil
C. Buaya
D. Kucing

4. Siew Mei menanam pokok (   ) di halaman rumahnya.
A. buku
B. pasu
C. bunga
D. beg

5. Puan Tan memotong sayur dengan sebilah (   ) yang tajam.
A. pisau
B. kapak
C. parang
D. sabit

6. Ayah membaca akhbar (   ) di ruang tamu.
A. Utusan Malaysia
B. Kamus Dewan
C. Dewan Masyarakat
D. Majalah Didik

7. (   ) murid Tahun Empat Bestari.
A. Datuk Lim
B. Cikgu Tan
C. Han Meng
D. Doktor Danish

8. Projek perumahan (   ) siap dibina pada tahun lepas.
A. Perodua Myvi
B. Taman Aman
C. Muzium Negara
D. Zoo Melaka

9. Negeri yang paling besar di Malaysia ialah negeri (   ).
A. Sabah
B. Selangor
C. Sarawak
D. Perak

10. Suzana sekeluarga makan angin di (   ).
A. Si Comel
B. Bukit Tinggi
C. Proton Kelisa
D. Rempah Wangi


Jawapan:

1. D          6. A
2. C          7. C
3. B          8. B
4. C          9. C
5. A          10. B 


2012/10/05

Kata Nama

Pelajaran pertama di blog ini ialah tentang kata nama. Apakah itu kata nama? Kata nama ialah kata yang digunakan untuk merujuk nama benda, orang, binatang, tempat dan sebagainya. Kata nama boleh dibahagikan kepada tiga golongan, iaitu kata nama am, kata nama khas dan kata ganti nama.



Kata nama am digunakan untuk menamakan orang, haiwan, tumbuhan, tempat, dan benda secara umum. Kata nama am ditulis dengan huruf kecil kecuali pada awal ayat.

Contoh kata nama am: 
Orang - guru, kerani, pelajar, ayah
Tempat - pantai, gunung, restoran, klinik
Binatang - arnab, singa, lembu
Benda - beg, meja, kipas, pintu

Ayat contoh kata nama am:
Guru itu sedang mengajar Bahasa Malaysia.
Akmal sedang makan di dalam restoran.
Di Zoo Negara ada seekor singa yang baru.
Saya menyerah beg saya kepada Mariah.

Kata nama khas ialah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan sesuatu benda, binatang, orang dan tempat secara khas. Huruf pertama pada kata nama khas ditulis dengan huruf besar.

Contoh kata nama khas:
Orang - James, Kai Xin
Tempat - Taman Foh Sang, Kuala Penyu, Malaysia
Binatang - Si Tompok, Sang Kancil
Benda - Berita Harian, Myvi, Nike

Ayat contoh kata nama khas:
James sedang belajar di sekolah.
Jenis buah durian ini banyak ditanam di Malaysia.
Kucing saya bernama Si Tompok.
Ayah memandu kereta Myvi.

Setakat ini dulu kami belajar. Kami akan menyambung pelajaran tentang kata ganti nama pada minggu hadapan. Jumpa lagi!

2012/09/29

Usaha itu Tangga Kejayaan

Selamat sejahtera kepada semua yang melawat ke blog saya. Objektif utama blog ini ialah untuk membantu murid-murid menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, terutamanya bidang tatabahasa. 


Pada zaman kini, teknologi makin hari makin berkembang maju. Murid-murid boleh mendapat banyak maklumat dan informasi melalui internet. Oleh itu, saya telah menyedia blog ini sebagai alat pemelajaran interaktif antara murid dengan saya. Saya berharap blog ini dapat menarik perhatian murid sekalian dan menjadi salah satu laman web yang sentiasa dikunjungi.

Dalam hidup ini, tiada jalan pintas untuk mencapai kejayaan. Jangan putus asa jika mengalami kesusahan. Jangan menolak peluang kerana kesusahan. Semoga semua murid dapat berusaha bersungguh-sungguh supaya mencapai keputusan yang cemerlang, gemilang dan terbilang!

Usaha Tangga Kejayaan

Template by:

Free Blog Templates