2012/12/08

Latihan Kata Hubung

1. Kita dinasihati (   ) sentiasa berwaspada dengan orang yang tidak dikenali.
A. dan
B. agar
C. kalau
D. apabila

2. Jalan ke Kampung Paloh ditutup buat sementara waktu (   ) banjir.
A. sejak
B. untuk
C. kerana
D. semoga

3. Kamu hendak bermain catur (   ) congkak?
A. atau
B. yang
C. semasa
D. bahawa

4. Mak Siti menasihati anaknya (   ) bersikap jimat-cermat.
A. kalau
B. supaya
C. lantaran
D. semakin

5. (   ) berbincang, mereka sepakat untuk pergi memancing pada hari Ahad.
A. Sekiranya
B. Jikalau
C. Padahal
D. Setelah

6. Kamu mesti berhati-hati (   ) memandu di selekoh yang berbahaya itu.
A. kalau
B. ketika
C. kecuali
D. manakala

7. Ibu dan ayah sungguh gembira (   ) saya telah mendapat nombor satu dalam peperiksaan akhir tahun.
A. semoga
B. kerana
C. sampai
D. ketika

8. Hock Li menyertai pasukan tentera kerana cinta (   ) negaranya.
A. bagi
B. akan
C. antara
D. kecuali

9. Lawatan (   ) belajar ke Muzium Polis akan diadakan pada cuti akhir tahun nanti.
A. hingga
B. sambil
C. selepas
D. kemudian

10. Peter mengelap komputernya dengan kain yang bersih (   ) menyanyi.
A. sambil
B. selagi
C. tatkala
D. jikalau



     Jawapan:

1. B          6. B
2. C          7. B
3. A          8. B
4. B          9. B
5. D         10. A

2012/12/03

Kata Hubung

Hari ini kami akan belajar kata hubung. Kata hubung ialah kata yang digunakan untuk menggabungkan kata, frasa dan ayat. Perkataan-perkataan yang digunakan ini ialah untuk membentuk ayat majmuk. Contoh kata hubung yang selalu digunakan ialah:


1. dan
2. tetapi
3. lalu
4. atau
5. kerana
6. supaya
7. kalau
8. meskipun
9. kecuali
10. sambil
11. apabila
12.walaupun

Ayat contoh:
Pencuri itu berjaya melarikan diri semasa polis tiba.
Latihan bola jaring itu akan dibatalkan jika hari hujan.
Chu Ling tidak pernah meninggi diri walaupun dia anak orang kaya.
Ayah membaca surat khabar, manakala ibu pula melipat pakaian.
Dia suka makan durian dan rambutan.
Hafiz rajin tetapi adiknya pemalas.
Dia bersarapan sambil membaca surat khabar.
Wang yang disimpannya semakin lama semakin banyak.

Kesalahan umum yang sering dilakukan oleh pelajar ialah memendekkan kata hubung “apabila”menjadi “bila”. Perkataan “bila” digunakan untuk bertanyakan masa. “Apabila” ialah kata hubung yang digunakan untuk menggabungkan dua ayat atau lebih.

Ayat contoh:
Nasri terbangun daripada tidur bila mendengar bunyi letupan yang kuat. (SALAH)
Nasri terbangun daripada tidur apabila mendengar bunyi letupan yang kuat. (BETUL)

Template by:

Free Blog Templates