2012/10/30

Saya kata...

Hari ini, kami akan menjalankan satu aktiviti yang menyeronokkan. Kami sudah belajar kata nama dan kata kerja. Oleh itu, saya akan mencantumkan dua topic itu dalam aktiviti yang akan dijalankan nanti.

Nama aktiviti ini ialah Saya Kata”. Ia memerlukan penumpuan dan pemahaman pelajar yang mendalam dalam kata nama dan kata kerja. Marilah saya menjelaskan cara aktiviti ini dijalankan.

Pertama sekali, pelajar-pelajar dikehendaki untuk mengeluarkan bahan menulis seperti pensil, pemadam, dan pembaris. Lepas itu, cikgu harus menyuruh pelajar-pelajar supaya mengikuti arahan dia. Semasa memberi arahan, cikgu perlu menambah Saya kata pada awal ayat tersebut. Contohnya, bila cikgu kata, “Saya kata ambil pembaris dan meletakkan di atas kepala kamu., pelajar dikehendaki untuk membuat demikian.

Cikgu boleh membuat tindakan yang mengelirukan pelajar untuk meningkatkan penumpuan mereka. Contohnya, bila cikgu kata, “Saya kata letakkan pensil atas tapak tangan kamu., cikgu boleh mengambil pemadam dan meletakkan di atas bahu. Kadangkala, pelajar yang tidak mendengar dengan teliti akan terperangkap.


Semua pelajar dikehendaki untuk berdiri apabila aktiviti bermula. Saya selalu memulakan aktiviti ini dengan Saya kata berdiri dan mengeluarkan pensil, pemadam, dan pembaris.” Ini merupakan salah satu cara untuk pelajar-pelajar menyesuaikan diri dengan aktiviti ini. Lepas itu, sesiapa yang membuat kesalahan atau tidak mengikuti arahan akan diminta untuk duduk atas kerusi. Aktiviti ini berjalan sehingga satu pelajar sahaja yang masih berdiri. Ini bermakna pelajar terakhir ini ialah pemenang dan cikgu boleh memberi hadiah kepada dia.

Saya berharap aktiviti yang mudah dan menyeronokkan ini dapat meningkatkan penumpuan pelajar. Selain itu, mereka juga akan belajar dan memahami kata nama dan kata kerja dengan mendalam.

4 comments:

Lisa_97 said...

Im recommending this game to my sch teacher!

Anonymous said...

hahaha i pernah main ni di kelas

Unknown said...

Saya berharap anda semua dapat mempelajari tatabahasa dengan lebih mudah melalui aktivity ini. :)

psnabdullah said...

aktiviti nampaknya menarik...tahniah cikgu Lo

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates