2012/10/19

Kata Kerja


Hari ini kami akan belajar kata kerja. Apakah itu kata kerja? Kata kerja ialah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan perbuatan yang dilakukan sama ada oleh manusia, haiwan, atau benda. Terdapat dua jenis kata kerja, iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif.

Kata kerja transitif ialah kata kerja yang memerlukan objek sesudahnya. Ia memerlukan objek untuk melengkapkan maksudnya.

Ayat contoh:
Ayah mencuci (kata kerja transitif) kereta (objek).
Ibu memotong (kata kerja transitif) buah tembikai (objek).

Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek untuk melengkapkan maksudnya dan boleh berdiri sendiri.

Ayat contoh:
Dia berenang (kata kerja tak transitif).
Adik menangis (kata kerja tak transitif).

Kesalahan umum yang dibuat oleh pelajar ialah tidak menambah imbuhan pada awalan kata kerja. Setiap awalan kata kerja mesti disertai dengan imbuhan ber-, men-, atau ter-. Ayat tersebut dikira tidak lengkap jika tiada imbuhan pada awalan kata kerja.

Ayat contoh:
Afia dan Aisya sedang ulang kaji palajaran di bilik mereka. (SALAH)
Afia dan Aisya sedang sedang mengulang kaji pelajaran di bilik mereka. (BETUL)

Selain itu, pelajar juga diingati supaya meletakkan objek selepas kata kerja transitif dan tidak boleh disisipkan dengan perkataan yang lain.

Ayat contoh:
Ibu memeluk dengan erat adik. (SALAH)
Ibu memeluk adik dengan erat. (BETUL)

0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates