1. Apakah rancangan ( ) pada masa cuti nanti,” tanya Sim Keng kepada kawannya.
A. aku
B. kamu
C. mereka
D. hamba
2. “( ) gembira kerana negara kita semakin maju,” titah Sultan Yahya.
A. Beta
B. Kami
C. Patik
D. Mereka
3. ( ) berlatih bersungguh-sungguh untuk memenangi pertandingan bola sepak pada bulan depan.
A. Kita
B. Anda
C. Patik
D. Mereka
4. Perpaduan menjamin negara ( ) aman dan makmur.
A. kita
B. kamu
C. awak
D. kalian
5. “Bilakah ( ) akan bertolak ke Melaka?” tanya adik kepada ayah.
A. saya
B. kamu
C. kami
D. kita
6. Encik Ben tidak memandu kereta ke pejabat hari ini kerana kereta ( ) rosak.
A. -nya
B. beliau
C. dia
D. ia
7. “Izinkan ( ) bermalam di sini,” kata pengembara itu.
A. beliau
B. hamba
C. baginda
D. mereka
8. Pencuri itu ditangkap polis. ( ) ditahan dalam sekatan jalan raya.
A. Dia
B. Saya
C. Kami
D. Awak
9. Sudah lama ( ) berniat mahu bersedekah kepada anak yatim itu.
A. kita
B. kalian
C. kami
D. engkau
10. “( ) berharap tuan hamba akan insaf dengan perbuatan tuan hamba itu,” kata Sultan Mansor kepada pemuda itu.
A. Dia
B. Beta
C. Kami
D. Anda
Jawapan:
1. B 6. A
2. A 7. B
3. D 8. A
4. A 9. C
5. D 10. B
3 comments:
Latihan yang sesuai untuk murid-murid Tahap II sekolah rendah~~~
Memang sesuai untuk kanak-kanak saya. Mereka suka buat latihan yang disediakan oleh cikgu.
Saya akan menyediakan pelajaran dan latihan yang seterusnya supaya kanak-kanak puan dapat belajar dengan bersungguh-sungguh.
Post a Comment