2012/11/02

Kata Adjektif

Pelajaran tatabahasa hari ini ialah kata adjektif. Kata adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda atau kata nama. Kata adjektif terbahagi kepada sembilan jenis.


1. sifat (berani, garang)
2. warna (biru, hijau)
3. ukuran (besar, kecil)
4. jarak (jauh, dekat)
5. betuk (bulat, leper)
6. pancaindera (harum, bising)
7. waktu (baru, lama)
8. cara (ligat, pantas)
9. perasaan (sedih, bimbang)

Ayat contoh:
Cikgu Fong sangat garang orangnya.
Dia memakai seluar berwarna hijau.
Rumah Ahmad besar.
Rumahnya jauh dari sini.
Meja itu berbentuk bulat.
Bau minyak wangi itu sangat harum.
Hasnah segera pulang kerana hari sudah lewat.
Dia berlari dengan pantas apabila ternampak anjing liar.
Emak berasa bimbang kerana abang belum balik lagi.

Pelajar-pelajar harus memberi perhatian semasa mengguna kata adjektif. Jangan mengguna kata adjektif untuk menerangkan sesuatu yang bukan jenis kata adjektif tersebut. Dalam ayat contoh di bawah, ayat pertama telah salah mengguna ayat adjektif jenis jarak untuk menerangkan warna objek tersebut. 

Ayat contoh:
Mei Ling memakai jam tangan berwarna jauh. (SALAH)
Mei Ling memakai jam tangan berwarna merah. (BETUL)

Kesalahan kedua yang sering dibuat oleh pelajar ialah binaan ter- + kata adjektif diikuti dengan perkataan sekali. Pelajar harus ingat bahawa binaan ter- atau paling + kata adjektif tidak boleh diikuti perkataan sekali sebab binaan ter-, paling, dan sekali membawa maksud penghabisan.

Ayat contoh:
Anak gadis Pak Mahat paling cantik sekali di Kampung Pinang. (SALAH)
Anak gadis Pak Mahat paling cantik di Kampung Pinang. (BETUL)
Bangunan Menara Berkembar Petronas itu tersanggat tinggi sekali di Malaysia. (SALAH)
Bangunan Menara Berkembar Petronas itu tersanggat tinggi di Malaysia. (BETUL)

6 comments:

Unknown said...

Ayat contoh yang baik.

TonThiew said...

Kesalahan no. 2 ni selalu saya buat lah. :(

Unknown said...

Jadi, anda sudah faham kesilapannya sekarang?

TonThiew said...

Ya cikgu. Terima kasih ya :)

Unknown said...

Sama-sama. :)

Anonymous said...

sangat bukan sanggat

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates