2012/11/16

Kata Bilangan

Kata bilangan ialah kata yang menyatakan bilangan atau urutan. Terdapat enam jenis kata bilangan, iaitu kata bilangan tentu, kata bilangan tak tentu, kata bilangan himpunan, kata bilangan pisahan, kata bilangan pecahan, dan kata bilangan tingkat.


Kata bilangan tentu ialah kata yang menyatakan biilangan yang tentu seperti satu, seratus, seribu dan dua juta.

Kata bilangan tak tentu ialah kata yang digunakan untuk menyatakan bilangan yang tidak tentu seperti beberapa, sebahagian, semua, seluruh, segala, segelintir, segenap, sebilangan, sekalian, para dan berbagai-bagai.

Kata bilangan himpunan digunakan untuk menyatakan sesuatu secara himpunan. Kata bilangan tersebut adalah seperti berpuluh-puluh, berates-ratus dan ketiga-tiga.

Kata bilangan pisahan ialah kata yang digunakan untuk menyatakan sesuatu secara satu per satu atau berasingan. Hanya ada dua kata bilangan pisahan, iaitu masing-masing dan setiap/tiap-tiap.

Kata bilangan pecahan ialah kata yang digunakan untuk menyatakan sesuatu yang berupa pecahan seperti dua per tiga, seperempat dan setengah.

Kata bilangan tingkat ialah kata yang menyatakan urutan atau giliran seperti pertama, kedua, kesepuluh dan keseratus.

3 comments:

Azlina said...

Oooo, rupa-rupa ini caranya mengguna kata bilangan.

Gary_3389 said...

Sekarang saya sudah pandai menggunakan kata bilangan untuk menyatakan sesuatu yang berupa pecahan. ;D

Unknown said...

Cikgu berasa gembira kerana Azlina dan Gary dapat menguasai kata bilangan. Tahniah!

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates