Isi tempat kosong dengan kata bilangan yang sesuai.
1. ( ) orang anak Encik Kamal telah melanjutkan pelajaran ke universiti.
2. ( ) murid mesti mematuhi peraturan sekolah.
3. Upacara perasmian Sukan Olimpik telah disiarkan ke ( ) dunia melalui televisyen.
4. Apabila loceng berbunyi, murid-murid beratur lalu memasuki kelas ( ).
5. Harga selipar ini ( ) ringgit sahaja.
6. Ibu membubuh ( ) garam ke dalam masakan untuk menyedapkan rasanya.
7. Dermawan itu telah membawa ( ) beras ke Rumah Warga Emas Seri Kenangan.
8. ( ) penduduk bandar suka tinggal di rumah pangsa.
9. Saya bangun pada pukul 6.00 pagi ( ) hari.
10. Mangsa kemalangan jalan raya itu terlantar di hospital ( ) lamanya.
Jawapan:
1. Ketiga-tiga
2. Semua
3. seluruh
4. masing-masing
5. lima
6. sedikit
7. berguni-guni
8. Sesetengah
9. tiap-tiap
10. berbulan-bulan
2 comments:
Semua soalan ini saya dapat menjawab dengan betul hehehe
Syabas! Terus berusaha dengan latihan lain!
Post a Comment